Thursday, 28 March 2013

PENGORBANAN & PAHLAWAN NEGARA dicabul...

Apakah makna sebenar istilah PENGORBANAN dan PAHLAWAN NEGARA.
Sebelum ini PENGORBANAN bermaksud melakukan sesuatu tanpa mendapat ganjaran, baik dari segi kewangan, apa-apa benda mahupun sesuatu perkhidmatan.
Juga sebelum ini PAHLAWAN NEGARA ialah seseorang yang walaupun dibayar gaji dan sebagainya tetapi telah terkorban dalam suatu keadaan yang tragis ketika dalam pertempuran dengan musuh negara.
Bagaimanapun sekarang, sesiapa juga yang diberi apa-apa ganjaran untuk membuat sesuatu sebagai tugas hakikinya juga dianggap sebagai melakukan PENGORBANAN seperti pemandu lori yang mati dalam nahas jalanraya kerana tugasnya adalah memandu lori. Malah sesiapa juga yang mendapat gaji untuk bekerja dan apabila dia menjalankan tugasnya maka dia melakukan suatu PENGORBANAN.
Begitu juga dengan  PAHLAWAN NEGARA, iaitu sesiapa yang mati ketika menghantar makanan sebagai sebagai sebahagian daripada tugasnya juga sekarang dianggap sebagai PAHLAWAN NEGARA. Ini termasuklah penghantar makanan yang berkerja dengan Pizza Hut dan McDonald.
Jadi, mulai hari ini semua kakitangan kerajaan melakukan PENGORBANAN dari Isnin hingga Jumaat di pejabat masing-masing. Begitu juga kakitangan sektor swasta seperti pekerja kilang dan drebar bas awam. Oleh yang demikian, jika sesiapa di antara mereka mati ketika bertugas, maka mereka berhak mendapat pengiktirafan sebagai PAHLAWAN NEGARA. Ini termasuk penghantar makanan di Pizza Hut dan McDonald.